Assalamualaikum.
Dah 1 hari dah budak kelas 2KRK 1 kehilangan Imran. Mungkin , dah ada sesetengah orang dah dengar dah pasal budak SMK Nasiruddin Shah , Imran. He's my classmate.
(Kelmarin)6.30 Petang tu aku , abang , Kak Rina dan Haikal sedang berjalan menuju ke sekolah dari Pasar Malam. Masa tu kitorang ada latihan pantun sampai malam. Masa on the way jalan tu , mestilah lalu ikut trek kan. So , masa tuh aku nampak arwah. Arwah seorang olahraga berjalan kaki. Masa aku nampak , aku sebut nama dia 3 kali.
Masa dah nak dekat pukul 7 tu , kami sampai di dewan besar untuk makan makanan yang dibeli. Lepastu kakak-kakak terus kecoh pasal accident. Aku macam biasa jerr accident sebab aku tak kenal kan. So , masa tuh memang tak tahu apa-apa dan tak rasa apa-apa.
Masa maghrib tu dapat tahu siapa yang accident dan meninggal. Laju sahaja mulut kakak tuh sebut kelas KRK 1 dan diaaa , my classmate meninggal ! Aku rasa macam semua sunyi dan hilang lalu aku terduduk di atas lantai. Ya Allah. Banyak kali aku sebut "Impossible" . Macam tak percaya. Padahal , aku baru jer nampak dia kat trek . Tup Tup , dah meninggal. Innalillah. Sedih sangat akuu. Ya Allah. Walaupun , aku tak rapat dengan dia dan kurang berbual dengan dia. Tapi , dia tetap rakan sekelasku. Ya Allah . Aku rindu sangat dia. Bila aku tenung gambar dia , aku rasa macam arwah ni masih hidup dan rasa macam tak percaya semua tuhh.
Ya , Allah dah atur semuanya. Arwah seorang yang baik sangat dan pendiam. Ada saudara arwah berkata , 2hari sebelum dia meninggal . Dia hanya minum airr dan tak jamah nasi pungg. Hmm , arwah dah tahu dia akan pergi tinggalkan kitorang untuk selamanya. Aku redho sangat dia pergi. Mungkin itu yang terbaik untuk dia. Itulah kali terakhir aku nampak dia. Rakan-rakan sekelas sangat prihatin terhadap arwah. Kawan-kawan cakap minggu ni arwah lain sikit. Arwah lebih nakal dan suka bergurau. Kebiasaannya arwah pendiam. Arwah tetap dihati kita semua. Al-Fatihah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Arwah seorang yang baik dan disayangi oleh rakan-rakan. Walaupun usia nya masih muda tapi , itu semua kuasa Allah. Manusia tidak berhak untuk menghalangnya.
Assalamualaikum.
No comments :
Reply
Post a Comment
Saya memerlukan komen anda ♥