03 January 2014

2014 ♥

Assalamualaikum.

Hello everyone. Its 2014 now. Ya, aku tahu aku agak lambat untuk ucapkannya. Hihi malas sebenarnya nak update blog. Sebab tu la blog aku bersarang macam ni haa. Bila aku scroll down TL dekat Facebook serta Twitter, ramai yang semangat ni bila masuk tahun baru. Konon azam baru, mula-mula jer semangat lama-lama dah basi. Lepastu tunda tahun depan pula azam kau tu. Haa, kan kan ? Sebab aku pun lebih kurang macam tu lah gayanya. Hehe, kata orang tapi diri sendiri pun sama juga. Apa nak jadi betul lah. Isk isk.


Aku agakla kan mesti sebelum masuk 2014 lagi ada yang dah update blog then simpan dalam draft kononnya nak publish nanti 2014. Haa, ada kan ? Baik cepat mengaku. Tak usah nak malu sangat kan. Semangat ngat kau. Azam aku tahun ni nak belajar bersungguh-sungguh nak masuk asrama penuh nanti form 4. Itula azam aku. Sebenarnya banyak lagi, kan kalau aku list down semua sampai esok pagi belum tentu habis. Hoho, overnya aku kan. Hehehe biasala sebab tengah semangat ni haa menaip.

Aku berharap agar 2014 ini akan menjadi tahun yang terbaik. Tapi kalau benda yang tak diingini berlaku juga nak buat macam mana kan. Tapi minta dijauhkan ya. Aku percaya bahawa "Semua yang berlaku itu pasti ada hikmahnya". Apa yang harus aku lalukan hanya bersabar menunggu. Bagi aku tahun 2013 itu tahun yang seronok juga. Mungkin kerana aku ada keluargaku serta rakan-rakanku yang selalu ada disisi ku. Aku gembira. Dan aku amat bersyukur kerana Allah mengurniakan mereka untuk aku. Kau juga seharusnya berasa begitu. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. 


Dah 2 hari aku bersekolah so far okay lagi. Aku pun agak semangat untuk belajar. Hehe alamklumlah awal tahun memangla tegak lagi nanti dah tengah tahun confirm ah layu habis. Takpe takpe. At least aku cuba dan usaha yang termampu. Buktinya pagi-pagi buta macam ni aku update blog, usaha juga la tu namanya sebab orang tidur waktu ni tapi aku jadi burung hantu pula. Memang ngam lah kan dengan aku. Hoho. Aku pun malas nak taip panjang-panjang. Haihh, dah mengantuk ni haa. Nak chow dulu ahh yer.

Assalamualaikum.

Takkan bace jer ? Like atau komen lah sikit :)

No comments :

Post a Comment

Saya memerlukan komen anda ♥